Powered By Blogger

Sunday 31 July 2011

SURAU SUTERA


SURAU SUTERA

TAJUK :
Peranan dan sumbangan Surau Sutera kepada masyarakat di sekitar kawasan Pangsapuri Taman dan Kampung Sutera, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

DISEDIAKAN OLEH :
Afiqah Binti Badaruddin
No Matrik : 2011686314
Kumpulan : BMD1Ah

DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101

PROGRAM :
Diploma Analisis Pelaburan

TARIKH HANTAR :
01 Ogos 2011

TARIKH BENTANG :
01 OGOS 2011

1. Isi Kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Pengertian Masjid
5. Senarai Ahli Jawatankuasa
6. Program yang diadakan
7. Sumbangan Untuk Masyarakat
8. Masalah dan Penyelesaian
9. Rumusan
10. Bibliografi

ABSTRAK
Masjid selalu dikaitkan dengan konsep ibadat dan juga ritual solat atau sembahyang. Kali ini, saya akan memberi satu perspektif alternatif tentang tafsiran makna dan implikasinya terhadap peranan masjid dan konsep ibadat dalam Islam masa kini.

Masjid, seperti juga tugas dan tanggungjawab mukmin sejati, mempunyai peranan penting dalam perjuangan membangunkan Islam di peringkat komuniti setempat.Berkenaan dengan solat pula, ia bukanlah suatu ritual meditasi individu tetapi memainkan peranan besar dalam interaksi masyarakat.

Pada peringkat masyarakat, solat dan masjid berperanan mengumpulkan jemaah Muslim bagi mengingatkan mereka terhadap tanggungjawab pembangunan masyarakat.Solat individu lebih digalakkan di rumah daripada di masjid kerana ia berperanan memberi kekuatan semangat perjuangan melalui meditasi bersendirian secara beruzlah.

Masjid sering diperkatakan sebagai Rumah Ibadat atau dalam bahasa Inggerisnya a house of worship. Fahaman perkataan `ibadat' dan worship yang biasa difahami adalah sebagai suatu set ritual tertentu seperti sembahyang dan menunaikan haji yang dibuat khusus bagi menyembah Tuhan.Daripada ayat-ayat al-Qur'an dan hadis tersebut di atas bahawa tanggungjawab seorang Muslim adalah amat luas dan makna ibadat di dalam Islam jauh berbeza dengan pandangan yang sempit sebagai kegiatan ritualistik semata-mata.

Implikasi utama konsep ibadat sedemikian adalah masjid perlu berperanan lebih daripada hanya sebagai sebuah bangunan dan institusi ritual.Masjid perlu berperanan proaktif dalam pembangunan masyarakat setempat. Maka itu perancangan ruang dan bahasa seni bina masjid perlu dibuat sebagai pusat komuniti yang aktif dan bukan bagaikan kuil atau biara yang sunyi sepi tempat orang beruzlah.

Peranan solat dan implikasinya terhadap konsep masjid

Perkara pertama berkaitan solat dan masjid bahawa ada suatu anggapan bahawa masjid sebagai `rumah suci' atau ikon yang mesti wujud kerana kepentingan atau kesuciannya sendiri.Konsep `rumah suci' atau objek suci wujud pada hampir semua agama. Konsep ini berlandaskan bahawa setiap penganut akan berasa lebih dekat dengan Tuhan jika sesuatu objek atau bangunan yang dibina untuk kegunaan Tuhan atau sebagai `wakil Tuhan' wujud dalam kalangan mereka.

Bangunan atau objek suci juga wujud kerana perkaitan kedua-duanya dengan personaliti-personaliti agama tertentu. Biasanya tempat pertapaan atau makam seseorang `wali' itu dijadikan tempat suci.Umat Islam mempunyai tiga objek dan bangunan yang dianggap suci. Pertamanya, Ka'abah, kedua tapak Masjid-al-Aqsa dan ketiga Masjid Nabi Muhammad (s.a.w).

Itulah sebabnya beberapa pemikir Islam berpendapat bahawa masjid bukan tempat semata-mata untuk bersembahyang kerana ritual itu boleh dilakukan di mana-mana jua.Hanya umat Islam membina masjid sebagai kemudahan berkumpul setempat untuk berinteraksi dan menunaikan sembahyang fardu berjemaah apabila masuk waktunya.

Ada juga anggapan bahawa masjid ialah tempat yang paling afdal untuk mengerjakan kesemua jenis sembahyang.Sembahyang boleh bahagikan kepada dua jenis iaitu sembahyang berjemaah dan sembahyang individu. Sembahyang yang baik dilakukan berjemaah ialah sembahyang fardu lima waktu sehari, sembahyang Jumaat, sembahyang jenazah, sembahyang sunat Hari Raya, sembahyang sunat gerhana dan sembahyang sunat memohon meminta hujan. Contoh sembahyang individu adalah seperti sembahyang tahajud, sembahyang tasbih dan sembahyang sunat rawatib.

Sembahyang berjemaah lebih afdal dilakukan di masjid. Tetapi sembahyang sunat individu lebih afdal dilakukan di rumah-rumah seperti yang disebutkan Rasulullah dalam hadis-hadis berikut:

Rasulullah telah berkunjung ke Masjid Bani Abd al-Ashhal. Baginda bersolat maghrib di sana dan apabila baginda selesai sembahyang baginda melihat ramai para jemaah menunaikan solat Sunnat Rawatib. Baginda bersabda, Solat-solat ini sepatutnya dibuat di rumah kalian. (Sunan Abu Dawud)

Lakukan juga sembahyang-sembahyang kamu di rumah dan jangan dijadikan rumah kamu sebagai kubur. (Sahih Muslim)

Umat Islam digalakkan `memasjidkan' rumah mereka dengan bersembahyang sunat agar ia tidak dianggap `mati' dengan kejiwaan Islam. Rumah juga adalah tempat yang terasing daripada pandangan ramai. Dengan itu sembahyang sunat yang tidak menimbulkan perasaan menunjuk-nunjuk dapat menyucikan riak di hati.

Dapat difahami bahawa masjid bukan tempatnya Muslim bermunajat bersendirian tetapi tempat pertemuan masyarakat Islam melalui sembahyang berjemaah ataupun untuk aktiviti sosial yang lain.Ciri-ciri pembinaan yang membuatkan seolah-olah masjid menjadi sebuah gereja atau `biara' sunyi semestinya dielakkan.

PENDAHULUAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hanya kepada Allah S.W.T. kita panjatkan pujian dan kita sampaikan segala keluhan.Selawat dan salam kita ucapkan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. , keluarga serta sahabat-sahabat Baginda hingga hari kiamat.

Tujuan esei ini ditulis adalah untuk memenuhi sukatan mata pelajaran CTU 101 : Kefahaman Agama Islam yang diwajibkan ke atas semua pelajar semester satu di Universiti Teknologi Mara. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui temu bual, melawat tempat kajian, melawati laman sesawang dan rujukan melalui buku rujukan.

Bidang yang akan ditulis adalah mengenai konsep masjid atau surau yang dikaji. Di sini, penulis hanya menulis berdasarkan pendapat tokoh yang ditemu bual, iaitu seorang kontraktor dan juga imam di sebuah surau yang berdekatan dengan tempat tinggal penulis dan bukanlah tujuan untuk mendiskriminasikan terhadap mana-mana pihak. Skop tulisan yang digunakan adalah Calibri (body) front 11.

Segala teguran dari para arif dan bijaksana sangat-sangat saya harapkan dan alu-alukan agar saya dapat memperkemaskan lagi penulisan saya ini pada catatan yang berikutnya. Kepada Allah saya mohon taufik dan hidayah-Nya semoga usaha saya ini sentiasa dalam keredhaan-Nya dan mencatatnya sebagai amal soleh. Amin ya Rabbal ‘alamiin.

Penulis




Biodata

Nama : Mohd Yusof bin Khazali
Umur : 48 Tahun
Status : Berkahwin (2 cahaya mata perempuan)
Asal : Sungai Dua , Pulau Pinang (dibesarkan dalam kawasan Bagan)
Pekejaan : Imam dan kontraktor dalam bidang elektrikal
Latar belakang kerjaya : Bekas Imam 2 di Masjid Telaga Air, Bagan. Berkecimpung dalam dunia politik sejak beumur 30 tahun, menjawat jawatan sebagai pemuda pas selama enam tahun dan sebagai yang Di Pertua Pas selama enam tahun. Kini menjawat jawatan sebagai ketua urusan ulama Pas kawasan merangkap ajk dewan ulama Pas negeri Pulau Pinang.


Penulis ditemani bapa ketika sesi temu ramah diadakan



Khusyuk merujuk buku



Mengutarakan cadangan



Antara buku yang dirujuk



Ustaz Md Yusof bergambar bersama bapa penulis, Encik Badaruddin



Selesai sesi temuramah



Temuramah diadakan di Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed



Catatan temuramah



Tempat kajian, Surau Sutera




KONSEP

PENGERTIAN MASJID DARI SUDUT BAHASA
Pengertian masjid dari sudut bahasa ialah : “ nama bagi tempat sujud dahi.” Dari sudut syara' pula ialah .”setiap tempat daripada permukaan bumi" dan ini pula berdasarkan sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘ alaihi wasalam yang berbunyi :

مَسجِدًاالأَرضُلِيجُعِلَت
( يالبخاررواه )
Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”
(Hadis riwayat Bukhari)

Masjid daripada istilah nabawiyyah ialah masjid memainkan peranan yang cukup luas berbanding dengan persepsi masyrakat sekarang. Tapi berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. , masjid dijadikan selain daripada medan sembahyang, dijadikan sebagai medan untuk bermesyuarah. Di mana Nabi S.A.W. bersama dengan 10 orang ahli syura bermesyuarat di masjid. Dan masjid dijadikan sebagai medan untuk dijadikan markas sebagai satu persediaan untuk menghadapi mana-mana peperangan. Dan masjid lebih-lebih lagi dijadikan medan untuk mentarbiah masyarakat-masyarakat bersatu dan medan ilmu dan kita dapat lihat ramai ulama di zaman Nabi sendiri.

PENGERTIAN MASJID DARI SUDUT ISTILAH
Manakala pengertian masjid dari sudut istilah pula ialah : “tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” sumber : (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)

PENDAPAT SARJANA
Terdapat beberapa pertikaian pendapat dalam kalangan ahli falsafah mengenai takrif masjid. Ada yang menganggap semua tempat bersolat adalah masjid. Walau bagaimanapun, maksud yang biasa digunakan adalah masjid merupakan tempat khas bagi umat Islam menunaikan solat dan telah digunakan untuk Solat Jumaat melebihi daripada 3 kali. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab pula membawa maksud 'tempat sujud'. Kalimah ini merupakan maksud dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut.

RUMUSAN
Masjid telah ditinggalkan.Dalam erti kata yang sebenar masjid sudah tidak lagi dijadikan sebagai medan dakwah,medan yang mendapatkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Dan masjid telah diletakkan di martabat yg rendah, tidak dijadikan sebagai medan pengurusan tertinggi negara di mana mesyuarat-mesyuarat, musyawarah-musyawarah pun tidak berlaku sebagai mana yang berlaku di Madinah. Dan yang paling kritikal adalah bila fahaman-fahaman sekular , fahaman-fahaman yang lari daripada Islam telah meletakkan masjid hanya sebagai tempat beribadah dan tidak boleh dijadikan tempat sebagai medan untuk menyampaikan risalah-risalah Islam lebih-lebih lagi hal yang berkaitan dengan politik Islam. Bila disebut masjid ni , pihak pentadbiran yakni pihak pengurusan, pengerusi beserta dengan ajk serta pegawai-pegawai mestilah bangun bagi masyarakat qariah yg sepatutnya ‘tidak dijadikan satu panduan atau pun pedoman seseorang imam hanyalah sebagai imam dalam sembahyang’ . Pengerusi sebagai seorang pengurus atau pentadbir sedangkan kita telah pun membincangkan dalam Islam berkaitan dengan kepimpinan pemimpin.

Akhir sekali, seruan ustaz ialah masyarakat tu sendiri yang akan mengubah persepsi masjid , istilah masjid, maksud bahasa masjid, dan juga peranan masjid kepada yang asal iaitu masjid dan Islam ada kaitan.

PENERANGAN

Untuk membawa perubahan dalam masyarakat :

Peranan masjid sebagai tempat sujud. Yang kedua, orang-orang yang mendukung , mentadbir , dan merencana program-program masjid itu sendiri adalah manusia yg biasa. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al baqarah ia bergantung kepada masyarakat yang mentadbir masjid tu. Contohnya imam. Bagi masjid, imam sangat penting. Kita harusmembuang konsep satu pengerusi, satu imam bagisesebuah masjid, dan juga buang konsep satu pentadbiran, satu kerjaya di masjid.

Imam adalah fungsi utama bagi sesebuah masjid dan qariah serta masyarakat sekeliling. Bila kita sebut qariah, masyarakat sekeliling akan memberi skop yang tidak luas tetapa akan cukup mudah untuk direncanakan sesebuah program. Yang boleh berlaku pada masyarakat pun skopnya adalah qariah juga. Maknanya satu kawasan. Satu masjid, satu kawasan. Masjid yang terletak dalam satu kawasan. Tidak pernah berlaku masjid lain yang berperanan di satu kawasan yang lain. Oleh itu, kita skopkan masjid untuk satu qariah. Satu masyarakat satu kawasan. Jadi imam yang kita sebut sebagai adalah dalam kalangan golongan dewasa atau tua iaitu yang berumur 40 tahun ke atas.

Golongan kedua adalah golongan kepemudaan iaitu yang berumur 40 tahun ke bawah sehingga umurnya 15 tahun. Golongan ketiga adalah golongan remaja berusia 15 tahun ke bawah sehingga kanak2.

Imam dan juga pentadbiran
Imam sebagai ketua dan pemimpin serta anggota-anggota exconya, misi yang paling utama ialah pemimpin dakwah yang harus ada dalam diri kita. Semangat dakwah, jiwa dakwah , kesabaran dalam berdakwah. Sesuai dengan Allah Taala sebut dalam surah al asr. Jadi sebagai orang yang terlibat dengan masjid ni, dia harus ada sifat sabr iaitu sabar dlm menyampaikan yg haq. Kita harus melihat dalam sesebuah masyarakat itu. Kita lihat masyarakat itu jangan lihat kepada kebencian, tetapi mesti lihat kpd persaudaraan dan juga tanggugjawab kita. Itulah tanggungjawab kita. Jadi walau pun apa yang berlaku kepada masyarakat , yang paling utama adalah imam atau pun exco-exco di tempat pentadbiran itu sendiri mesti melaluinya dan yang paling penting sekali adalah dengan berdoa. Paling kurang harus berdoa.

Yang paling utama adalah dengan tindakan dan juga kata nasihat. Masjid harusdiharungi dengan penuh ikhlas. Hanya semata-mata kerana Allah. Kalau tiada keikhlasan, nescaya dia tidak dapat mengharungi masyarakat itu sehingga dia dapat mencapai kejayaan yang sesuai dengan tujuan manusia tersebut. Bagi sesebuah jabatan, ketua jabatan itu sendiri perlu sabar dengan struktur dalam jabatan. Walau pun peringkat bawahan dalam jabatan itu sendiri. Begitu juga masjid, imam harus memahami, yang paling penting perlu memahami masyarakat, keadaan, dan sejarah itu sendiri.

Sesetengah qariah berlaku di sesuatu tempat , tidak ada seorang pun yang hadir ke masjid, walau pun untuk solat jumaat. Sebagai contoh, ada satu masjid yang ustaz dapat tahu dari sahabatnya, iaitu Ustaz Samsuri, masjid yang solat jumaat pun tidak pernah dilakukan. MasyAllah. Hal ini kerana, masyarakat lelaki di situ hidup dengan berjudi, benda-benda khurafat,dan maksiat. Masyarakat perempuannya pula terdedah dengan segala macam kepincangan seperti dedah aurat, tidak menjaga maruah keluarga, sebagainya. Oleh itu, masjid ini tidak berfungsi kerana tidak ada imam yg benar-benar imam. Jika imam memainkan peranannya yang sebenar, ia akan berlaku seperti dalam zaman Rasulluh SAW. Contohnya ialah peristiwa di Madinah. Nabi berhijrah ke madinah dan perkara pertama yang dilakukan ialah membina masjid baru kemudian barulah mencari tempat tinggal.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA SURAU SUTERA



SENARAI AHLI JAWATANKUASA SURAU SUTERA

Pengerusi : Ustaz Md Yusof bin Khazali
Timbalan Pengerusi : Idris bin Sani
Setiausaha : Muhamad Zaki bin Hj Rafiee
Bendahari : Hj Ramli bin Said
Ajk : Aziz Che Ani
: Abd Razak bin Arshad Yusof
: Wan Rosli bin Ramli
: Sukir bin Jemu
: Ismail bin Ramli
: Mairag bin Saad
: Abd Jalil bin Hj Abd Rahim
: Roszaidi bin Abd Hamid
: Noorzila binti Omar
: Hajjah Salmah binti Murat
Pemeriksa Kira-kira : Jasmadi bin Jasni
: Wan Badrul Hisham bin Wan Idris



PROGRAM
AKTIVITI
SAMBUTAN HARI KEBESARAN
GOTONG ROYONG
KHIDMAT MASYARAKAT
MASALAH
PENYELESAIAN
Aktivti : Kuliah Maghrib
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain bin Haji Nor
Tarikh : 22 Julai 2011
Masa : Selepas solat Maghrib



Kusyuk mendengar



Antara hadirin yang hadir



Jualan buku motivasi dan agama



Kusyuk membaca

Aktiviti : Gotong-royong membersihkan surau
Tarikh : Dua bulan sekali
Masa : 8.00pg – 12.00 tgh
Masalah : Surau kotor dan kurang kemas



Projek naik taraf



Telekung yang tidak tersusun



Tempat wudhuk lelaki



Tempat wuduk wanita



Ruang solat wanita



Ruang solat lelaki



Tempat rehat



Persekitaran surau



Kemudahan yang disediakan



Papan notis



Tempat meletak motorsikal



Tempat meletak kereta



Persekitaran surau yang sudah bersih

Selain itu, turut diadakan sambutan Maulud Nabi, Israk Mikraj, sambutan bulan puasa, sambutan raya haji. Melalui khidmat masyarakat pula dari sudut kematian, sakit demam,nikah kahwin. Ustaz adalah salah diantara yang boleh menjadi khadi. Urusan adat istiadat masyarakat sememangnya ustaz yang memainkan peranan sblm sampai ke majlis agama Islam. Kadang-kadang ustaz dijemput oleh majlis agama Islam sebagai hakam(orang tengah)dalam hal penceraian untuk menjadi kaunselor agama. Inilah yang dikatakan imam moden. Pendekatan dakwah melalui kaunseling bagi pasangan yang ingin bercerai. Alhamdulliah tiada yang bercerai dan mereka rujuk kembali.

Aktiviti pencegahan maksiat di sekitar kawasan turut diadakan kerana telah ditauliahkan untuk menjadi penguatkuasa sambilan di pejabat agama. Aktiviti di masjid kita dibuat sebagai al falah kebajikan dan bersedia untuk insiden yang akan datang tiba-tiba. Termasuk orang-orang luar yang ada masalah.

Menjadi seorang imam harus memegang amanah. Harus membuat satu dakwah supaya masyarakat berhijrah ke medan ilmu. Baru masyrakat tahu di mana masjid, di mana ceramah, supaya dapat menjadi satu pusat informasi untuk kegiatan-kegiatan luar.

PENUTUP

Struktur masjid yang sedia ada tidak perlu diubahsuai kerana sememangnya sudah kelihatan cantik. Kita seharusnya mengubah persepsi dan pemikiran masyrakat . Jika kita inginmengubah masjid, kita haruslahmengubah pemikiran masyarakat kerana masyarakatlah yang akan mengubah masjid itu sendiri. Sebagai contoh, masyarakat Mekah telah ditarbiah oleh Nabi SAW dan sebahagian masyarakat di Madinah itu, mengubah corak masjid. Dari Mekah al Mukarramah, Masjidil Haram dikenali sebagai masjid yang pertama.

Selain itu, kita haruslah mengubah masyarakat kepada pemikiran Islam secara menyeluruh. Daripada majoriti ini, kita akan mendapat satu kuasa , satu sokongan, satu penghayatan yang tegar, ukhwah yang kuat,dan masyarakat sekeliling sentiasa ke arah ajaran Islam yg sebenar.
Untuk mengubah masjid itu sendiri dan peranan masjid serta masyarakat sekeliling dan luar pula, kita harus mempunyai target, iaitu dengan menjadi tumpuan masyarakat lain sebagai contoh yang ada tarikan kepada masyarakat luar. Hal ini kerana, masjid akan berubah apabila ada pemimpin yang mursyid. Masyarakat dan masjid akan berubah bila mereka dipimpin oleh seseorang pemimpin yg mursyid. Mursyid yang dimaksudkan adalah seorang yang murabbi dan muallim.

RUJUKAN

Susunan Muhammad Azhan , 1997 , Buku Khutbah-Khutbah Pilihan , diterbitkan oleh Jahabersa di Johor Bahru.

Ustaz Md Yusof Bin Khazali

http://skypin.tripod.com/agama/aga42.html

Sunday 17 July 2011

L.O.V.E.

╔═╦═╦═╦═╦╗╔═╦══╦╦╦═╦╗╔═╦╦╦╦╦╦══╗niat.....
║╬║═╣═╣╬║║║╬║║║║║║╬║║║╬║║═╣║║║║║berdo'a...
║║╠═╠═║║║╚╣║║║║║║║║║╚╣║║║║║║║║║║berusaha...
╚╩╩═╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩╩╝berjuang....
........✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
. . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . *¨`*•✿
. . ✿ •*¨`*• Subhanallah, سبحان الله. . ✿ •*¨`*•
... …….…………... •.¸.•´ ………….……… ..✿•*¨`*•✿
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
──────────────────█──█─────────────
────────────████──█──█─█───────────
────────────█──█──█──█─█───────────
────────────████──█──█─█───────────
───────────────███████─█───────────
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*`*•✿✿
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ *¨`*•✿ ¨`*•
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
www.▀█▀░█░░.█▀█.█░█.█▀▀.░.█▀█░█░█.█.www
www.░█░░█░░.█░█.█░█.█▀▀.░.█░█░█░█.█.www
www.▀▀▀░▀▀▀.▀▀▀.░▀░.▀▀▀.░.▀▀█████.█.www
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*¨`*•✿✿
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ . . .•*¨`*•✿✿
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
.
.
========
─▀██▀
──██────(▒)(▒)
──██───(▒)( )(▒)
─▄██▄▄█─(▒)(▒)
─── ─── ▄███▄
─── ──███─███─(▒)(▒)
─── ──▀██▄██▀(▒)( )(▒)
─── ────███───(▒)(▒)
─── ─────── ▀██─██▀
─── ──────── ██─██─(▒)(▒)
─── ──────── ▀█▄█▀(▒)( )(▒)
─── ──────────▀───(▒)(▒)
─── ────────────██▀▀▀█
─── ──(▒)(▒)──────██▄█──(▒)(▒)
─── ─(▒)( )(▒)─────██▀█─(▒)( )(▒)
─── ──(▒)(▒)──────██▄▄▄█(▒)(▒
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒▒▒▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██▒▒██▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
įɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღʚįɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღ
▀█▀░░▄█▀█▄░▀█░░█▀░▀█▀▀█ʚįɞ✿ღ
░█░░░█░░░█░░█░░█░░░█▄
░█░░░█░░░█░░▐▌▐▌░░░█░░▄ ALLAH!!!
▄█▄█░▀█▄█▀░░░██░░░▄█▄▄█ʚįɞ✿ღ...
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
^_^ I LOVE ISLAM ^_^.
╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*
+++++++++++███████████████████++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++...++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++ ++++++++++++++++██████████++++++++++++++++ ++++++++++█████████████████████+++++++++++ +++++++███████++++++++++++++++++++++++++++ +++++███+++██████+++++++++++████████++++++ ++++██+++██████████++++++████++++++███++++ +++██++█████████████++++███+++█████████+++ ++██++███████████████++██++█████████████++ ++█++██████████████████+++███████████████+ +██+██████████████████++█████████████████+ +██+██████████████████+██████████████████+ +█+██████████████████++███████████████████ ++███████████████████████████████████████+ ++███████████████████████████████████████+ ++++████████████████████████████████████++ ++++███████████████████████████████████+++ +++++█████████████████████████████████++++ ++++++████████████████████████████████++++ ++++++███████████████████████████████+++++ +++++++█████████████████████████████++++++ ++++++++██████████████████████████++++++++ +++++++++████████████████████████+++++++++ +++++++++++█████████████████████++++++++++ ++++++++++++███████████████████+++++++++++ ++++++++++++++███████████████+++++++++++++ ++++++++++++++++███████████+++++++++++++++ +++++++++++++++++████████+++++++++++++++++ +++++++++++++++++++████+++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++++++█+++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++ ++++++++++++++█++++++++++++++++++++██+++++ ++++++++++++████++++█+█++█++++++███+++++++ +++++++++++████++++██+█++█++++███++██+++++ +++++++++++██+++++++██████++███++++██+++++ ++++++++███++++++++++█++█+++++++++++██++++ ++++++++++++++++++++++++++++++++++++███+++ ++++++++++++++++++++++█++++++++█++++██+█++ ++++++++++++███++++++██+++++++███++++█+██+ +++++++++++████+++++++█+++++++████+++█++++ +++█++++++██++█+++++++██+++++++█+██++█++++ ++█++++++██++██+++++++██+++++++██+█++██+++ ++█+++++██+++█++++++++██+++++++██+█++██+++ ++██+++██+++██++++++++██++++++++██+++██+++ ++███████+++██++++++++██++++++++██+++██+++ +++████+++++█+++++++++██++++++++██+++██+++ ++++++++++++██++++++++██+++++++++█+++██+++ ++++++++++++███+++++++███+++++++██+++█++++ ++++++++++++███████████████++++███+++█++++ +++++++++++++█████████++█████████+++++++++ ++++++++++++++++████++++++█████++++++++++
─▀██▀
──██────(▒)(▒)
──██───(▒)(♥)(▒)
─▄██▄▄█─(▒)(▒)…
─── ─── ▄███▄…
─── ──███─███─(▒)(▒)
─── ──▀██▄██▀(▒)(♥)(▒)
─── ────███───(▒)(▒)
─── ─────── ▀██─██▀
─── ──────── ██─██─(▒)(▒)
─── ──────── ▀█▄█▀(▒)(♥)(▒)
─── ──────────▀───(▒)(▒)
─── ────────────██▀▀▀█
─── ──(▒)(▒)──────██▄█──(▒)(▒)
─── ─(▒)(♥)(▒)─────██▀█─(▒)(♥)(▒)
─── ──(▒)(▒)──────██▄▄▄█(▒)(▒) ♥ ^
…..(¯`v´¯)
….. ·.¸.·´